Mary Kay ini betul ke MLM?

Sebagai permulaan, mira nak kongsikan dulu satu infomasi yang mana semua syarikat dalam dunia ni, semua perniagaan samada kecil mahupun besar mengamalkan 'Multi Level Marketing' atau bahasa yang selalu orang sebut MLM.

Sebenarnya, syarikat-syarikat yang mengamalkan MLM ini, contohnya anda diterima tawaran sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak. Dekat meja anda terdapat label 'Engineer'. Selepas 2 tahun, anda dinaikkan pangkat ke 'Senior Engineer' dan label kat meja pun bertukar mengikut pangkat anda yang sekarang. Tanggungjawab pun lebih besar sebab anda ada 2 orang 'Egineer' sebagai satu pasukan. Selang beberapa tahun, anda dinaikkan lagi pangkat kepada 'Assistant Manager'. 

Dan menjadi tanggungjawab anda untuk bantu dan berikan sokongan pada 'Manager' sedia ada dan beri tunjuk ajar kepada Senior Engineer dan Engineer yang baru. Selepas beberapa tahun, anda pula dinaikkan pangkat kepada Manager. Maka kekosongan yang anda tinggalkan sepanjang anda naik pangkat akan diisi oleh orang lain. Secara ringkasnya.

Engineer - Senior Engineer - Assistant Manager - Manager 


Untuk perniagaan lain macam mana? Contohnya 

Dropship - Agent - Stokis - Master Stokis - Founder


Dan tidak dinafikan Mary Kay juga adalah MLM sama macam perniagaan yang lain. Tapi haa kat sini mira nak anda hadam betul betul. MLM yang menindas orang adalah MLM yang SKIM PIRAMID.


Nak cerita sikit pengalaman MLM yang SKIM PIRAMID ni, apa yang anda perlu tahu dan elakkan dari terjebak?

1. BUAT LOAN DENGAN BANKπŸ‘Ώ 


MLM skim piramid akan mintak anda buat loan dengan bank ye. Bukan sikit dia suruh buat loan tu, boleh dapat kereta sebiji atau rumah seketul tau! Kalau tak dapat buat loan? Dia suruh pinjam duit orang, tak kisah la sedara mara ke, adik beradik ke, haaa last sekali paling tak boleh juga, silalah gadaikan / pajak emas yang anda ada. 


Ada orang kata nak buat perniagaan memang wajib ada modal. Mira setuju bab ni. Setiap perniagaan ada risiko dia. Samada kecil atau besar sahaja. Tapi andai kata anda betul betul nak mulakan perniagaan, cuba dulu yang kecil-kecil ni, dapatkan ilmu dan pengalaman. Mary Kay hanya RM70 sahaja dan anda boleh mulakan perniagaan anda. Dengan RM70 tu dapat semula produk mary kay set penjagaan bibir bernilai RM84. Nampak? Anda tak rugi apa apa pun.πŸ’–


2. TIADA PRODUK / PRODUK TIDAK PENTING.

Haaa ini paling penting, MLM SKIM PIRAMID HANYA BERCAKAP PASAL CARI ORANG SAHAJA. PRODUK PUN BIASA BIASA JE. Masa mira dengar penerangan satu MLM skim piramid ni, mereka tiada fokus langsung pada produk. Produk pun mira tak tahu. Ada berapa, apa bahan dalam tu, macam mana cara pakai. Tiada langsung. Mereka hanya cakap pasal DUIT DUIT DUIT. Lepastu pasal LESEN LESEN LESEN. πŸ˜… Kalau anda pernah terjebak, kita geng! πŸ˜†


Mary Kay memang sedia terkenal dan diakui keberkesanannya. Kami ada pusat penyelidikan dan kilang sendiri di Dallas, US. Seramai lebih 100,000 orang perunding kecantikkan mary kay yang menunjukkan mereka adalah pengguna dan juga menjual mary kay. 😍 Jika tanya mira mana mana produk mary kay, insyallah mira boleh jawab soalan anda dengan mantap! 😁


3. BERMUSIM

bermusim macam mana tu? maksudnya tidak kekal lama. Kejap je viral. Lepas tu terus hilang dari radar. Kemudian ada balik, viral balik, tapi nama je berbeza. Modus operandinya tetap sama. Scam Orang! πŸ˜‚

Mary Kay dah lebih 20 tahun di malaysia dan lebih 50 tahun di dunia. Anda boleh google, Mary Kay ada di 35 buah negara ya. Bukan biasa - biasa.


Haaaa jelas kan poin ni? Mira kongsikan 3 dulu. 😘 


Apa berbezanya Mary Kay?



Sistem Mary Kay wujud MLM tapi bukan jenis yang SKIM PIRAMID. Mary Kay juga mengamalkan Dual Marketing. Yang mana semua perunding kecantikkan mary kay beli direct dari syarikat mary kay. Anda hanya berurusan terus dengan syarikat. Best kan? Isu main harga pun tiada ya. Semua sama untuk setiap perunding kecantikkan mary kay.

Konsep mary kay ini adalah bilamana kita bawa masuk atau 'recruit' orang jadi ahli mary kay, tapi kita tak buat apa apa kerja, contohnya kita goyang kaki je, tak beri panduan secara detail cara-cara buat duit dengan perniagaan mary kay, tak ajar macam mana nak tambah pendapatan dalam mary kay, anda sebagai 'recruiter' tak akan dapat 1 sen pun komisen dari ahli baru itu. Adil kan? 

Income Mary Kay bergantung ke atas usaha anda. Anda usaha lebih, anda dapat lebih. 


Kemudian, Mary Kay terang-terang ada produk yang dijual. Iaitu produk penjagaan kulit dan kosmetik. Pendapatan utama perniagaan mary kay adalah dari jualan langsung. Jualan secara langsung lebih penting dan mendatangkan pendapatan lebih banyak berbanding merekrut ahli baru. Komisen merekrut hanya lah 4% ke 12% sahaja manakala untung jualan secara langsung di antara 20% ke 40%!! Banyak!! 

Semua ahli mary kay layak dapat samada anda baru 'join' atau dah lama. Tanpa kira pangkat anda dalam mary kay. Semua dapat sama!😍 Mary Kay sangat adil!


Perniagaan Skim Piramid ini, lagi satu bila kita rekrut orang, kita dapat duit, orang yang kita baru rekrut tu perlu cari orang lain untuk dapat duit juga. Dah la tak tahu jual apa, perniagaan apa, selalu suruh cari orang je. Orang bawah 'invest' banyak - banyak, orang atas dapat duit. Tiada langsung jual produk ke apa.


Mary Kay tak macam tu tau. Mary Kay sangat adil. Jika anda bantu ahli anda buat jualan, anda akan dapat komisen. Tapi jika anda tak bantu ahli anda, anda pun tak dapat apa apa. Dan jika anda tak buat apa apa jualan, tapi ahli anda ada buat jualan, anda tetap tak dapat komisen juga ya. Tiada isitilah 'kau buat, aku dapat'. Anda mesti buat sama sama dengan pasukan anda barulah anda dapat komisen. Adil kan? 😘


Andai kata anda hanya nak pakai mary kay sahaja tanpa nak menjual ni, boleh sahaja. 😍

Direct Whatsapp mira :)


Senior Sales Director, SteaMira




Comments