Perkara yang mira tidak tahu bila mula pakai produk Mary Kay.
![]() |
| 2013 VS 2012 |
Assalamualaikum semua!
Mira nak tanya anda semua, bila kita mula pakai produk penjagaan kulit yang baru, kita ada meletakkan sedikit harapan kan? Harapan yang tipis yang mana mengharapkan kulit lebih baik dari sebelumnya. Tak baik banyak pun tidak apa, sedikit pun jadi lah. Betul kan?
Dan bermula lah hari-hari mira mula pakai produk Mary Kay. Mira mulakan dengan set paling asas dan lengkap iaitu
1. Pencuci
2. Masker
3. Toner
4. Pelembap
Masa itu, beauty consultant mira kata pakai mary kay ni jimat sebab boleh pakai lama. Dalam hati mira macam ragu-ragu juga, dan jujurnya agak mahal juga bagi mira.
Seeing is believing.
Mira adalah orang yang bila rasa sendiri baru percaya. Dan bila mula pakai Mary Kay, dah pakai dalam 3 bulan masa tu, tapi rasa eh kenapa tak habis-habis lagi ni? serius teruja sangat! Betullah beauty consultant mira cakap hari tu. Pakai Mary Kay ni jimat sangat! Dulu tetiap bulan wajib pergi watson or guardian untuk beli pencuci muka la pelembap la, toner la, tapi sejak pakai mary kay, 3 4 bulan baru beli atau 'top-up' mana yang nak habis tu. Ada yang 8 bulan baru beli baru, contohnya mask. Mira rasa beruntung sangat-sangat.
PRODUK KUALITI
BOLEH PAKAI LAMA
TOP 3 SKINCARE BRAND
Eh semua best best jeee Mary Kay ni, takkan la tiada langsung yang tak best? Tipulahhhhh!
Haaaa sabar jap, nak cerita la ni. π part yang tidak bestnya adalah bilamana proses 'PURGING' berlaku. Apa itu purging? Purging ni macam reaksi kulit kita ke atas sesuatu produk yang kita baru pakai. Proses purging ni boleh jadi lama atau sekejap bagi seseorang. Jadinya ianya berbeza untuk setiap orang. Macam mira, proses purging mira berlaku dalam tempoh 6 bulan! Lamaaaaaaaπππ
Tak senang duduk masa ni π£π£ ramai juga la yang perli-perli atau berkata sinis. Kebanyakkan yang kata
"Eh pakai produk mahal pun tak ok juga?"
"Lama dah aku tengok kau pakai, tapi sama je buruk muka kau macam sebelum ni"
"Kau kene tipu ni wey, kulit kau makin teruk lagi adalah"
dan bermacam-macam lagi la orang cakap. tapi kan mira fikir satu je masa tu, kalau mary kay lah yang buat kulit aku teruk macam ni, mary kay juga la yang akan buat kulit aku cantik sihat flawless semula. haaaa gituu nak mengubat hati yang sentap dengan kata-kata orang. ππ Jadinya sepanjang 6 bulan tu macam mana kulit mira?
Ada satu masa tu, jerawat naik macam kene siram baja! Banyak gila!
Ada masa tu kulit jadi terlalu berminyak! Padahal baru je sejam dua basuh muka
Ada masa tu kulit jadi kering pula. Tetiba je!
Selepas 6 bulan, yang mira perasan kan, kulit mira yang berminyak teruk, beransur kurang tau. Kulit rasa sihat. Walaupun jerawat naik banyak tapi cepat surut cepat sihat. Parut jerawat memang ada lagi, tapi cepat hilang kalau nak dibandingkan dari sebelum pakai mary kay. Kalau sebelum pakai mary kay, parut jerawat setahun belum tentu hilang lagi. Masa ni sujud syukur! Yela, mira dapat kulit idaman walaupun tak sepenuhnya lagi.
Macam mana mira yakin sangat dengan produk mary kay? Mira nampak result depan mata. Iaitu beauty consultant mira masa tu. Umur dia 40 tahun nak dekat 50 tahun dah. Tapi kulit dia superb sangat! Dan mira percaya juga adalah sebab satu hari tu mira pergi event mary kay, semua beauty consultant kat situ, sumpah wey! cantik gilaaaaa! kulit setiap seorang seriusss gila lawaaaa! dan MEREKA SEMUA MEMANG PAKAI PRODUK MARY KAY SAHAJAπ
Ya, hanya produk Mary Kay! Tiada campur dengan produk lain untuk dapatkan kulit flawless ala ala artis korea tu. Yela kan, ada je orang jual produk brand A contohnya padahal kat muka sebenarnya tepek produk brand B. kan kan? haaaa pernah jumpa ke tuu? ehehehehe
Jadinya selepas 6 bulan kan, kulit makin baik dan 'improve'. Nak dapat hasil kulit yang betul betul sihat dan glowingggg tu kan ambil masa setahun lagi. Selepas setahun baru la mira rasa kulit betul betul sihat. Fuh setahun!! Berkat sabar dan percaya dengan Mary Kay. Thank you Mary Kay!π
Selepas setahun, ada satu hari tu jerawat naik, letak je ubat jerawat, esok pagi dah kecut! Sumpah suka gila! Ini lah definisi kulit sihat bagi mira π ada juga selepas 2 hari baru kecut dan hilang. Mira happy sangat dah!
Kalau sebelum ni kulit mira yang berminyak teruk, yang mana buatkan mira tak selesa dan bedak compact jadi comot dan bercapuk kalau berpeluh sikit, tapi lepas setahun tu, minyak kat muka dah boleh control. Bila minyak kat muka dah boleh control, kulit jadi kurang berminyak, jerawat pun kurang π suka sangat masa ni! masalah jerawat bertahun tahun selesai!
Paling best bila mira mula pakai bedak compact, foundation, lagi WOW kulit mira! Tak bercapuk tu suka sangat! Lagi best warna pun sesuai dengan kulit, tak la nampak kelabu atau pelik. Bila pakai mary kay ni memang kita dapat kulit sihat, tapi dalam masa yang sama kita dapat ilmu dan tips kecantikkan kulit. macam mana nak pilih foundation ikut kulit kita, warna apa yang sesuai haa macam macam lagi lah!
Best sangat ada beauty consultant tolong guide tau. Kalau beli kat watson ke guardian ke tiada pun. Kalau masuk sephora ya, ada yang akan consult tapi setakat tu je la. Mary Kay Beauty Consultant ni, dia punya consultation and service sepanjang hayat tau, sepanjang-panjang anda semua pakai mary kay tu haaa.
Jadinya bila dah ada beauty consultant kan, memang tak digalakkan nak tukar tukar beauty consultant. Mary Kay ni ada 'Golden Rule' dia. Seorang customer seorang beauty consultant sahaja. Tak boleh sorang customer banyak-banyak beauty consultant. Mary Kay mementingkan Customer Satisfaction and Service. Bilamana anda beli dengan seorang beauty consultant, anda perlu rujuk dengan beauty consultant anda sahaja. Dan dimasa hadapan apa apa urusan memang dengan beauty consultant yang sama sahaja. Beauty Consultant anda mempunyai tanggungjawab untuk bantu anda dapatkan kulit idaman anda.
Dah kenapa macam tu? Haa sebab bilamana anda beli produk mary kay, ada 90 hari warranty tau. Jika tak sesuai, anda boleh tukar kepada produk mary kay yang baru tanpa perlu menambah duit. haaa best kan? Dan menjadi tanggungjawab beauty consultant untuk tukarkan produk anda. Beauty consultant yang anda hanya beli daripadanya. Sebab itu jugalah tidak digalakkan untuk tukar tukar beauty consultant. Bagi memudahkan anda di masa hadapan.
Mira nak ingatkan, setiap beauty consultant mempunyai pengalaman berbeza dan juga cara consultation berbeza. Sedangkan doctor perubatan pun akan berikan consultation berbeza kepada pesakitnya, apatah lagi beauty consultant π jadinya focus kepada seorang beauty consultant sahaja dan beri peluang untuk mereka beri consultation secara exclusive kepada anda π
Berbalik kepada tadi, secara keseluruhan setahun 6 bulan baru lah kulit mira benar-benar sihat! Masa yang agak panjang tapi berbaloi! Sekarang anda tidak perlu setahun 6 bulan macam mira, produk mary kay yang terkini dengan 'advance formula' mampu berikan hasil lebih cepat! seawal 8 minggu pun ada tau! Kejap sangat! Yang mana jenis tak sabar nak cantik tu, jum pakai mary kay! ππ Mira guide anda sampai flawlesss ππππ
![]() |
| Gambar terkini mira 28/8/21 Semalam selfie π |
Love.
Steamira
Your skincare Consultant


Comments
Post a Comment