"Kalau tidak OK juga, aku nak boikot Mary Kay!"

Monolog mira dalam hati. Dalam hati sahaja boleh cakap macam ini. Depan-depan hanya ukiran senyum sahaja kepada beauty consultant mira. πŸ˜„ Ini kisah 9 tahun lepas, yang mana masa ini dah sampai limit untuk cuba segala jenis produk penjagaan kulit. Kiranya Mary Kay ini adalah penyelesaian terakhir dalam pencarian produk penjagaan kulit. Selalunya, bila mira cuba satu satu produk penjagaan kulit, dan tidak dapat hasil yang diharapkan, mira terus PANGKAH produk tersebut. Anda semua pun kan?πŸ˜†


Gambar Sebelum Jumpa Mary Kay
Facebook/Imstagram : Steamira

Mengimbau masa lalu, mira nak kongsikan dengan anda semua yang mira kan dulu sangat kurang keyakinan diri. Bila bercakap dengan orang, mira tidak akan pandang mata sebab rasa rendah diri dan dalam fikiran masa itu terlintas..

"jangan lah dia tengok jerawat aku"

"alamak, jerawat ni"


Kemudian mira jarang sangat ambil gambar. 'Selfie' apatah lagi. Tiada langsung, Semua gambar adalah ehsan kawan-kawan. Contohnya macam gambar di atas. Semua gambar yang telah di 'CROP'. Ketika itu, kamera telefon tidak mempunyai resolusi yang tinggi. Namun kesan jerawat, tona kulit tidak sekata, kulit mengerutu jelas kelihatan. πŸ˜…


Gambar selfie dengan kawan mira yang telah di 'CROP'πŸ˜†




Walaupun masa itu, pakai kamera telefon yang
rendah resolusinya (pixel), keadaan kulit mira masih
 dapat dilihat dengan jelas. 

    Dengan kulit yang begini, memang keyakinan diri tiada langsung. Bertahun juga mira cari produk penjagaan kulit yang bersesuaian. Duit berhabis banyak sangat sudah. Hasil kulit licin tanpa jerawat tidak kunjung tiba juga. Disebabkan ini jugalah, Mira letakkan Mary Kay sebagai pilihan terakhir. Orang kata mahal. Setuju memang mahal. Masa itu pula mira masih lagi seorang pelajar universiti di tanah air dan mengharapkan duit biasiswa. 

Anda pernah dengar peribahasa 'alah membeli menang memakai'? Mira setuju mengatakan Mary Kay boleh diumpamakan dengan peribahasa tersebut. MARY KAY BERMUTU, BERKUALITI & TAHAN LAMA.

Mira bernasib baik sebab tidak mendengar kata orang yang mana

"membazir je beli Mary Kay, belum tentu elok bila pakai"

"mahal sangat Mary Kay, ada je produk yang lain"

"kalau pakai Mary Kay muka jadi lagi teruk macam mana? Sudah la rugi, muka pula tidak cantik malah makin buruk"



Kulit mira sekarangπŸ’‹
No Makeup VS Light Makeup
Anda rasa ok ke dengan kulit macam ni?😘

 

Love,

Steamira

Your Mary Kay Beauty Consultant





Comments